Thursday, 13 December 2012

[ DUA DARA ] PROMOSI KAIN PASANG **SOLD OUT**

Photo: cotton Dahlia ♥♥Sweet Purple♥♥
COTTON DAHLIA [ SWEET PURPLE ]

PRICE : RM 120
Photo: Dark purple cotton Dahlia!
COTTON DAHLIA [ DARK PURPLE ]
SOLD OUT!
PRICE : RM 120











COTTON DAHLIA [ PRETTY IN PINK ]

PRICE : RM 120
KELLY CREPE AYU [ BLACK PURPLE ]

PRICE : RM 110

KELLY CREPE AYU [ DARK PURPLE ]

PRICE : RM 110
KELLY CREPE AYU [ DARK ORANGE ]

PRICE : RM 110

KELLY CREPE AYU [ LOVELY CREAM ]

PRICE : RM 110

KELLY CREPE AYU [ DARK PINK]

PRICE : RM 110

KELLY CREPE AYU [ BLACK PINK ]

PRICE : RM 110

KELLY CREPE AYU [ SWEET PINK ]

PRICE : RM 110

COTTON MANJA [ SHOCKING GREEN]

PRICE : RM 110

COTTON MANJA [ DARK RED]

PRICE : RM 110
COTTON MANJA [ SIMPLY SILVER ]

PRICE : RM 110
COTTON MANJA [ SHOCKING BLUE]

PRICE : RM 110
COTTON MANJA [ YELLOW MELLOW]

PRICE : RM 110

COTTON MANJA [ ORANGEE ]

PRICE : RM 110

COTTON MANJA [ SHOCKING RED ]

PRICE : RM 110

Saturday, 8 December 2012

Hilangkan Parut Lama

Dahsat parut nye!! ;)



Parut zaman kecil ketika kamu nakal dahulu, adakalanya boleh menyebabkan kaki kamu luka dan berparut. Ini secara tidak langsung boleh mencacatkan penampilan. Nah! Jangan biarkan ia terus menjadi parut kekal. Masih ada cara untuk kamu menghilangkannya. Jom semak.

1. Percaya atau tidak, ubat gigi mempunyai kandungan pemutih yang apabila disapukan secara konsisten pada parut lama mampu menghilangkan bekas luka. Sapu dan biarkan selama 15 hingga 30 minit secara rutin, kemudian bersihkannya dengan air suam.

2. Ambil satu siung bawang merah. Parut sehingga halus kemudian tempelkan pada bahagian bekas luka kamu itu. Bawang merah berguna untuk meredakan kesan lecur dan bisul.

3. Ambil hampas teh yang telah digunakan. Gosok pada bahagian yang berparut dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukan secara rutin iaitu minimum dua kali dalam seminggu.

Sumber: REMAJA

Friday, 7 December 2012

Jadikan Aku Wangianmu!!!


 


Pasti selalu anda dengar ayat ini, wangian mempengaruhi mood seseorang. Ya, benar apa yang dikatakan.
 
Ini kerana, setiap jenis bau wangian ada kaitan dengan setiap saraf dalam sistem tubuh manusia. Wangi itu akan mempengaruhi mengikut keadaan dan emosi seseorang.

Contoh yang sering kita lihat seperti iklan-iklan di kaca televisyen. Jika untuk mendapatkan ketenangan, wangian daripada aroma lavender sangat sesuai. Ini disebabkan, aroma daripada wangian lavender mempunyai unsur ketenangan dan mampu menenangkan fikiran serta memberikan rasa selesa kepada yang menghidunya.

Jadi, anda boleh pilih setiap aroma pada wangian mengikut mood anda ketika itu untuk disemburkan. Jangan pula anda gunakan wangian yang tidak bersesuaian dengan keadaan ataupun mood anda, pasti tidak sesuai dan mendatangkan rasa tidak selesa nanti.

Wangian dengan Aktiviti
 
Wangian Santai di Rumah

Bagi sesetengah orang, bersantai di rumah adalah cara untuk menghilangkan tekanan dan berehat, berbanding sesetengah orang yang gemar ke pusat-pusat hiburan atau kompleks beli-belah. Jadi, wangian yang sesuai tika ini adalah wangian berunsurkan bunga-bungaan bagi membangkitkan ketenangan dan keselesaan. Lebih terasa asyik sambil menonton televisyen diselangi dengan hirupan kopi panas.

Bersosial

Bagi mereka yang memilih untuk bersosial pada hari ini, wangian yang sesuai adalah wangian bersifat bunga-bungaan Oriental yang baunya lebih lembut tetapi agak keras. Wangian ini akan membuatkan anda merasa lebih yakin tetapi feminin. Jika pilihan anda di kawasan yang lebih sesak dan ramai orang, ia mampu menjadikan anda rasa hebat dan kental. Jika anda jenis suka membeli-belah, semburkan wangian ini dan mood untuk anda bergembira bersama rakan-rakan anda akan meningkat. Rakan-rakan juga lebih selesa bersama anda.

Bersukan

Bagi anda yang ingin melakukan aktiviti lasak saat ini. Apa kata semburkan wangian daripada aroma segar seperti bau lautan atau bunga-bungaan. Aroma seperti ini mampu memberikan tenaga serta rasa selesa semasa dan selepas melakukan aktiviti lasak. Jika anda memilih aroma bersifat keras, pasti tidak bersesuaian dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan apabila bercampur dengan peluh. Jadi, pilih wangian bersifat semula jadi bagi membangkitkan mood aktif anda itu.

Jenis Wangian dengan Mood

Sedih

Perasaan sedih kadang kala ia datang tanpa diundang. Mungkin kerana persekitaran ataupun seseorang. Jadi, bagi mengelak daripada anda terus dirundung rasa sedih dan pilu, semburkan aroma Citrus, Buah Anggur atau Lemon pada tubuh. Ini kerana ia berupaya untuk membangkitkan lagi semangat serta keyakinan dalam diri. Aroma seperti ini mampu menjadikan anda lebih cekal dan hilangkan perasaan sedih tersebut. Jika anda tidak mahu menyembur wangian tersebut pada tubuh, memadai dengan menghidunya.

Keyakinan

Jika tika itu anda merasakan bahawa anda kurang keyakinan terhadap diri sendiri, apa kata anda cuba aroma daripada wangian Lavender, Labu, Civet, Vanilla, Musk, Cendana, Amber ataupun Jasmin. Pasti anda akan merasakan diri anda lebih berkeyakinan dan lebih menghargai apa yang ada pada diri anda.

Petikan~~Dara.com 

Thursday, 6 December 2012

Memang Susah Kalau Dah Syok Sangat


 


 
"Seksa diminati adalah lebih seksa daripada seksa meminati. Bagaimana ini mungkin? Bayangkan anda tidak sukakan seseorang, tetapi dia amat sukakan anda. Hari-hari dia akan menghantar SMS buat anda, selagi tidak dibalas dia akan terus menghantar dan menghantar. Pada anggapannya kita sengaja tidak mahu membalas sebenarnya kita amat sibuk dan tiada kesempatan sama sekali.

Sesetengah orang yang terlalu meminati akan minta bercakap. Dia mahu mendengar suara dan dia mahu suaranya didengari. Apabila dia mula menelefon, dia akan kerap menelefon tidak kira pagi, petang, malam bahkan subuh. Apabila perasaan rindunya membuak-buak, dia akan menelefon, tanpa berfikir pun apakah ketika itu sesuai.

Apabila SMS yang dihantar dilayan, panggilannya berjawab, dia akan minta untuk berjumpa. Selagi tidak dipenuhi dia akan terus meminta. Pintanya hanya sekali dan andainya sekali itu dipenuhi dia akan jadikan alasan untuk sekali lagi dan lagi dan lagi.

Orang begini mengatakan mereka tidak tertanggung lagi menanggung rindu. Mereka amat-amat meminati, lantas amat-amat merindui. Mereka mahu SMS selalu, mahu telefon selalu dan mahu berjumpa selalu. Kalau boleh seminit pun tidak boleh berhenti. Setiap detik adalah mesej, suara dan juga bertentang mata.

Aduh, lemasnya terlalu diminati seperti ini. Hendak meninggalkan telefon sedetik pun curiga, kalau-kalau suami membuka dan membaca. Pada orang yang terlalu syok kata-kata seperti rindu, sayang dan cinta kadang-kadang biasa sahaja tetapi sesetengah suami tidak dapat menerima. Dia pasti cemburu, pasti marah dan pasti menghentak, “Siapa ni?”
Susahnya hendak menjawab, “Orang ini sekadar minat.”
“Minat apanya sampai bersayang-sayang pulak!? Ini syok namanya!”
“Er, tak pernah layan pun.”
“Macam mana boleh tahu nombor telefon kalau tak layan?”
“Entah, kawan-kawan bagi kot?”
“Ini tak lain, mesti kayu tiga. Abang benarkan awak pergi kerja, ini kerja awak ya?!”
“Bukan. Jangan salah sangka. Tak pernah layan pun. Sumpah.”
“Dah berapa lama ni, hah?”
“Baru je. Tak kenal pun.” “Baru-baru, dah boleh mesej sayang, rindu? Perempuan jalang.”
Aduh, susahnya hendak dijelaskan. Bagaimana hendak buatkan suami faham? Mengapa dia tidak percaya?

Diselubungi Perasaan Takut

Sesungguhnya begitulah situasi diminati. Andai dikatakan meminati itu sudah cukup seksa, diminati bertambah-tambah lagi seksanya. Dalam keadaan tidak boleh, sebab sudah berpunya, apabila lebih-lebih diminati senario berikutnya pasti sakit, susah dan perit. Ia teramat sakit jika pasangan adalah seorang yang amat cemburu, tidak rasional dan pemarah.

Apa terjadi selepas itu? Biasanya suami akan menelefon si penghantar mesej, dia memberi warning, dia mengherdik, dia marah-marah dan dia memberi kata dua. Andainya si peminat sememangnya seorang yang terlalu syok implikasi itu tidak bermakna apa-apa padanya. Dia akan tetap menghantar SMS, menelefon dan cuba berjumpa. Padanya, andainya perceraian berlaku, itu peluang telah terbuka untuknya memiliki pula.

Selepas itu hidup akan menjadi tidak seceria selalu. Perasaan takut akan menyelubungi, pasangan tidak percaya lagi. Kadang-kadang di hadapan ibu bapa dan mentua pertengkaran terjadi, itu tidak termasuk hari-hari makan perli.

Aduh, alangkah sakitnya diminati. Ia lebih sakit daripada meminati. Meminati ada tempohnya dan ada ketika turun naiknya tetapi diminati kita tidak pernah tahu bilalah orang yang meminati itu mengatur strategi. Mohon dijauhkan Allah daripada diminati andainya sudah berpunya, mohon Allah pindahkan perasaan itu kepada yang masih boleh dan patut diminati. Amin...

Petikan~~Wanita