Friday 30 November 2012

Pilihan makanan sihat ketika musim hujan



Musim hujan dan sejuk membuatkan tubuh memerlukan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk membuat tubuh kekal segar meski pada suhu yang sejuk. Jenis makanan berikut boleh dijadikan pilihan.

Epal
Memang rugi bagi yang tidak gemar menikmati buah ini. Buah yang sering dijadikan sebagai isi pai ini kaya dengan antioksidan dan juga vitamin C yang bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Ubi keledek
Satu lagi makanan yang seharusnya ada di dalam stok simpanan barangan dapur anda. Ubi keledek mengandungi vitamin A yang akan memberikan manfaat untuk kulit sihat dan mulus. Selain itu, ubi keledek juga mampu menjadi penambah sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin menurun.

Labu kuning
Sayuran yang satu ini mengandungi banyak vitamin A. Sup labu hangat akan menjadikan musim-musim sejuk ini menyenangkan anda.

Tomato
Sup tomato yang hangat boleh menjadi pilihan yang sesuai. Selain dijadikan masker untuk kekalkan kulit wajah yang cantik, buah tomato ini membantu mengurangi risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan seperti likopen yang banyak di dalamnya.

Brussels sprout
Sayuran ini dapat membantu me ningkat kan kekebalan tubuh dengan baik. Selain itu, jenis sayuran ini mengandungi zat besi, kalium dan juga vitamin K yang baik untuk tulang.

Buah berangan
Jenis kekacang berwarna coklat ini akan membantu memelihara kulit agar kelihatan muda dan berseri. Kacang yang kaya dengan serat ini membantu tubuh mengekalkan tenaga.

Buah delima
Ia membantu kulit agar kelihatan tetap sihat dan juga bermaya melalui kandungan nutrisi yang baik di dalamnya terutamanya antioksidan.

Lobak hijau
Lobak hijau mengandungi vitamin K, A dan juga vitamin C. Selain kaya dengan vitamin, lobak hijau juga kaya dengan serat.

Pir
Buah pir mengandungi banyak vitamin C yang bermanfaat dalam mengekalkan imunisasi tubuh.

Petikan ~~Wanita

Wednesday 28 November 2012

Cegah Bibir Kering dan Pecah


Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

Bibir yang pecah biasanya akan mudah terluka serta menimbulkan rasa sakit. Apabila keadaan ini tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan kepada bibir. Ketika bibir pecah, biasanya lipstik yang dipakai tidak dapat melekat dengan baik sehingga merencatkan penampilan. Oleh itu, cuba kita lihat apakah punca sebenar kepada masalah bibir kering dan pecahpecah ini. Serta, bagaimana untuk mencegahnya daripada berlaku.

PUNCA-PUNCA
  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.
TIP PENCEGAHAN
Setelah mengetahui punca-punca terjadinya masalah bibir kering serta pecah-pecah ini, anda hendaklah melakukan langkah-langkah pencegahan supaya masalah tersebut membuatkan anda kurang percaya diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan sebagai panduan berguna:
  • Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
  • Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya gincu, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.
  • Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
  • Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.
  • Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
  • Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
  • Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
  • Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
  • Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.
PETUA TRADISIONAL
  • Anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
PETIKAN~~NONA

Tuesday 27 November 2012

ADAKAH ANDA STRESS ???



APA ITU STRESS ???

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang ter-hahap sebarang perubahan atau tuntutan.

TANDA DAN GEJALA STRESS.

@ Fizikal
- Gementar, Berpeluh, Rasa Seram Sejuk
- Tangan kaki rasa sejuk
- Sakit kepala/rasa mual atau nak muntah
- Bernafas laju, kering mulut, kerap buang
Air kecil/cirit birit, kurang selera makan
- Mudah mendapat serangan penyakit
Asma, sakit belakang, sakit kepala,gatal
- Masalah hubungan kelamin (dingin)
- Sakit-sakit badan, cepat letih.

@ Psikologikal
- Kebimbangan, keliru, kurang tumpuan
- Sukar kawalan diri
- Perubahan emosi (tekanan, kecewa,
Tak sabar, cepat marah, lemah semangat

@ Tingkah laku
- Bercakap kuat dan cepat, menguap, gigit jari
- Perasaan negatif (sensitif, terlalu bergantung
Suka mengkritik, boleh bertindak ganas
- Kurang kecekapan diri (lupa,buat silap)
- Kurang produktiviti kerja
- Menidakkan keupayaan diri sendiri
- Mudah terpengaruh dengan gejala tidak
Sihat.

PUNCA STRESS

@ Stres Ancaman (Survival)
Berlaku bila anda berada didalam keadaan
terancam sama ada dari segi emosi, fizikal,
dan perasaan seperti takut untuk mengatasi
ancaman yang sedang dihadapi.

@ Stress Dalam Diri Sendiri.
Berlaku bila anda berada dalam personaliti
Jenis A dimana terlalu bercita-cita tinggi,
Berkehendakkan kesempurnaan dalam semua
Kerja, terlalu mementingkan kerja dan
Mengharapkan hasil yang terlalu tinggi.

Lima Pengharapan yang tidak realisti boleh dicapai
Apabila anda terlalu mengharapkan
Kesempurnaan, iaitu;

1. Anda mengharapkan orang lain mengagumi
dan meyanngungi anda.

2. Menggangap diri anda kompeten setiap masa

3. Anda menggangap orang lain menyebabkan kegagalan dalam diri anda.

4. Anda merasakan diri anda terlalu sempurna dan orang mengikut kata-kata anda.

5. Anda percaya pengalaman buruk yang lepas akan mengpengaruhi masa hadapan anda. 

PUNCA STRES
 
@ Stress Daripada Organisasi atau Pelanggan.
- Tekanan dari pihak atasan atau pelanggan.
- Campurtangan terhadap bidang tugas.
- Tuntutan berlebihan daripada pelanggan.
- Gangguan perancangan kerjaya.
- Gangguan telefon.
@ Stress Diri Sendiri dan Keluarga.
- Masalah kewangan.
- Masalah hubungan dengan keluarga.
- Penyakit yang dialami.
- Perubahan hidup seperti kelahiran, kematian,
Perkahwinan mahupun penceraian.

RAWATAN STRESS 

DIMENSI ROHANI

- Bentuklah akhlak mulia.
Tidaklah rugi kita berkelakuan baik, bersabar,
ikhlas, jujur, amanah, dan redha terhadap
yang berlaku. Banyakkan sembahyang dan
berzikir.

“ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN TENANG TENTERAM HATI MEREKA DENGAN ZIKRULLAH. KETAHUILAH DENGAN MENGINGATI ALLAH ITU TENANG TENTERAMLAH HATI MEREKA”.
-AR-RAAD : 28

DIMENSI JASMANI
 
1. AWASILAH PEMAKANAN ANDA.
2. RANCANGAN PROGRAM RIADAH BERTERUSAN
3. LUANGKAN MASA UNTUK ISTIREHAT MINDA DA FIZIKAL
DIMENSI EMOSI/SOSIAL
1. BERMASYARAKATLAH.
2. URUSLAH EMOSI ANDA SEBAIK MUNGKIN
3. BELAJARLAH BERINTERAKSI
4. HADAPI PERBEZAAN PENDAPAT DARI SUDUT
POSITIF.
TIPS MENGAWAL EMOSI ANDA
1. MENIDAKKAN KEADAAN/ MENERIMA SEADANYA.
2. MERASIONALKAN PERISTIWA.
3. MENJAUHKAN DIRI
4. MENCERITAKAN MASALAH
5. MELUAHKAN RASA MARAH
6. BUAT KERJA SATU PERSATU
7. BERI GANJARAN PADA DIRI ANDA

Monday 26 November 2012

~~~Pilihan Sihat Pengganti Nasi~~~


 



Demi mendapatkan tubuh langsing dan sihat, ramai wanita memilih untuk mengurangkan pengambilan nasi. Malah, ramai juga yang tidak mengambil nasi selama berbulan-bulan. Kekurangan karbohidrat di dalam tubuh sebenarnya memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan. Tubuh masih memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga kepada kita. Oleh itu, makanan ganti atau substitute diperlukan untuk diet sihat.


Sagu
Sagu merupakan butiran atau tepung yang diperoleh dari batang pohon sagu atau rumbia. Usah risau mengenai kandungan lemak kerana sagu rendah kandungan lemaknya.

Cara sajian: Sajian sagu yang paling mudah ialah bubur sagu. Biasanya ia dimakan dengan ikan jika di Papua atau Maluku. Umpamanya memakan nasi dengan lauk ayam.


Jagung
Sumber karbohidrat ini juga mengenyangkan dan amat sesuai untuk anda yang mengamalkan cara hidup sihat. Selain itu, jagung juga mengandungi serat dan asid folat yang membantu menjaga pembuluh darah.


Cara sajian: Jagung boleh direbus begitu sahaja atau dimasukkan di dalam masakan sebagai sayur tambahan. Mungkin aneh untuk menikmati jagung rebus pada waktu pagi sewaktu sarapan tetapi dengan rasanya yang enak, pastinya anda lupa keanehan itu. Anda juga boleh menikmati jagung bakar sebagai alternatif.


Kentang
Selain nasi, kentang adalah pengganti yang paling digemari. Kentang mudah dimasak dengan bahan-bahan lain. Ia mempunyai kalori rendah berbandung tumbuhan ubi lain. Kentang banyak digunakan dalam program penurunan berat badan. 200 gram kentang bersamaan 100 gram nasi.

Cara sajian: Panggang kentang bersama kulitnya agar khasiat kentang terpelihara. Atau, anda juga boleh merebus kentang dan dimakan bersama sos atau gravy.


Pasta
Sesekali bertukar selera Itali apa salahnya. Pasta diperbuat dari pelbagai campuran bahan seperti tepung, air, telur dan garam. Pelbagai jenis pasta boleh di dapati di pasaran contohnya spageti, makaroni, lasagne dan fettucine.

Cara sajian: Pasta boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada panggang, rebus atau dijadikan salad. Jika menu masakan anda memerlukan minyak, pilih minyak zaitun dalam kuantiti kecil. Daging rendah lemak boleh digunakan dengan tambahan sayur-sayuran seperti brokoli atau paprika.


Oat
Oat merupakan sejenis bijirin gandum dan kita sering menjumpainya dalam bentuk oatmeal. Biasanya, oat dijadikan sebagai bubur atau menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kek. Oat boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Cara sajian: Mungkin dari semua sumber karbohidrat, inilah yang banyak tersedia dalam bentuk segera atau instant. Hanya campurkan air panas dan oat sudah tersedia untuk dihidangkan. Campurkan buah strawberi, beri hitam atau kiwi untuk menambah selera.

 
Petikan: NONA