Pasti
selalu anda dengar ayat ini, wangian mempengaruhi mood seseorang. Ya, benar apa
yang dikatakan.
Ini
kerana, setiap jenis bau wangian ada kaitan dengan setiap saraf dalam sistem
tubuh manusia. Wangi itu akan mempengaruhi mengikut keadaan dan emosi
seseorang.
Contoh
yang sering kita lihat seperti iklan-iklan di kaca televisyen. Jika untuk
mendapatkan ketenangan, wangian daripada aroma lavender sangat sesuai. Ini
disebabkan, aroma daripada wangian lavender mempunyai unsur ketenangan dan
mampu menenangkan fikiran serta memberikan rasa selesa kepada yang menghidunya.
Jadi,
anda boleh pilih setiap aroma pada wangian mengikut mood anda ketika itu untuk
disemburkan. Jangan pula anda gunakan wangian yang tidak bersesuaian dengan
keadaan ataupun mood anda, pasti tidak sesuai dan mendatangkan rasa tidak
selesa nanti.
Wangian
dengan Aktiviti
Wangian
Santai di Rumah
Bagi
sesetengah orang, bersantai di rumah adalah cara untuk menghilangkan tekanan
dan berehat, berbanding sesetengah orang yang gemar ke pusat-pusat hiburan atau
kompleks beli-belah. Jadi, wangian yang sesuai tika ini adalah wangian
berunsurkan bunga-bungaan bagi membangkitkan ketenangan dan keselesaan. Lebih
terasa asyik sambil menonton televisyen diselangi dengan hirupan kopi panas.
Bersosial
Bagi
mereka yang memilih untuk bersosial pada hari ini, wangian yang sesuai adalah
wangian bersifat bunga-bungaan Oriental yang baunya lebih lembut tetapi agak
keras. Wangian ini akan membuatkan anda merasa lebih yakin tetapi feminin. Jika
pilihan anda di kawasan yang lebih sesak dan ramai orang, ia mampu menjadikan
anda rasa hebat dan kental. Jika anda jenis suka membeli-belah, semburkan
wangian ini dan mood untuk anda bergembira bersama rakan-rakan anda akan
meningkat. Rakan-rakan juga lebih selesa bersama anda.
Bersukan
Bagi anda
yang ingin melakukan aktiviti lasak saat ini. Apa kata semburkan wangian
daripada aroma segar seperti bau lautan atau bunga-bungaan. Aroma seperti ini
mampu memberikan tenaga serta rasa selesa semasa dan selepas melakukan aktiviti
lasak. Jika anda memilih aroma bersifat keras, pasti tidak bersesuaian dan
menimbulkan bau yang kurang menyenangkan apabila bercampur dengan peluh. Jadi,
pilih wangian bersifat semula jadi bagi membangkitkan mood aktif anda itu.
Jenis
Wangian dengan Mood
Sedih
Perasaan
sedih kadang kala ia datang tanpa diundang. Mungkin kerana persekitaran ataupun
seseorang. Jadi, bagi mengelak daripada anda terus dirundung rasa sedih dan
pilu, semburkan aroma Citrus, Buah Anggur atau Lemon pada tubuh. Ini kerana ia
berupaya untuk membangkitkan lagi semangat serta keyakinan dalam diri. Aroma
seperti ini mampu menjadikan anda lebih cekal dan hilangkan perasaan sedih tersebut.
Jika anda tidak mahu menyembur wangian tersebut pada tubuh, memadai dengan
menghidunya.
Keyakinan
Jika tika
itu anda merasakan bahawa anda kurang keyakinan terhadap diri sendiri, apa kata
anda cuba aroma daripada wangian Lavender, Labu, Civet, Vanilla, Musk, Cendana,
Amber ataupun Jasmin. Pasti anda akan merasakan diri anda lebih berkeyakinan
dan lebih menghargai apa yang ada pada diri anda.
Petikan~~Dara.com
No comments:
Post a Comment