Siapa pun kita, bagaimana pun rupa kita, apa pun kedudukan kita, kita pasti
ada peminatnya. Tak usahkan kita yang memang okey, si perompak yang berwajah
buruk dan ternyata jahat itu pun ada peminatnya.
Malah si perompak ini ada peminat-peminatnya yang sangat fanatik. Bukan dia
tidak tahu susahnya bekerja seperti itu, dia tetap taat pada ketuanya. Kadang
kadang oleh kesalahan yang kecil, hukuman diberikan, namun dia tetap setia. Apa
maknanya itu semua? Maknanya, kalau dah minat memang susah.
Tiada hujah yang dapat merubah. Itu juga bermakna kalau sudah minat bukan
kisah siapa yang diminati. Banyak terjadi gadis kampung tiba-tiba dipinang oleh
jejaka dari jauh, bukan sahaja hensem tetapi juga kaya. Apa istimewanya?
Kita tengok tiada apa-apa yang luar biasa, malah ada ramai lagi yang lebih
hebat dan cantik dari gadis itu di kampungnya. Oleh itu berhati-hatilah. Usah
anggap diri anda tiada istimewanya lantas tiada sesiapa meminati.
Kes rogol bukan hanya terjadi ke atas gadis yang cantik, malah nenek yang
telah kerepot pun boleh dirogol. Kes orang hilang terutamanya melibatkan gadis
amat membimbangkan iaitu 1,097 sepanjang 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri
Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, ini bermakna seramai 691 orang masih gagal
ditemui dengan sebahagian besar daripadanya kerana lari mengikut kekasih.
Tidak terkecuali diculik oleh secret admirer yang tidak pernah diduga. Usah
ingat hanya wanita sahaja yang diculik oleh peminatpeminat gelap mereka malah
lelaki juga.
Menurut laporan sebuah akhbar tempatan daripada keseluruhan orang hilang
pada tahun 2011 itu, 371 adalah lelaki. Jumlah tertinggi orang yang masih
hilang adalah anak gadis berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Sama ada kehilangan itu berpunca dari menghilangkan diri kerana mengikut
kekasih atau dihilangkan oleh kekasih, atau diculik oleh orang yang meminati,
itu semua membuktikan setiap manusia ada peminat-peminat mereka yang
tersendiri.
Sedar atau tidak peminat-peminat ini adalah terdiri daripada mereka yang
pernah dikenali oleh mangsa, atau sekurangkurangnya pernah memperkenalkan diri
untuk berkenalan, bermakna pernah muncul di depan mata tetapi apabila tidak
mendapat respons, maka bertindaklah yang bukan- bukan.
Ada keistimewaan
Usah sangka peminat-peminat anda hanya manusia yang boleh dilihat dengan
mata, sebahagian daripada mereka adalah makhluk yang tidak kelihatan di alam
nyata. Misalnya, seorang gadis di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bahru,
meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh, api misteri tetap
mengganggunya.
Ia mungkin bermaksud gangguan tetapi mungkin juga bermaksud ‘minat’. Tentu
ada sesuatu yang istimewa hingga hanya keluarga ini yang ‘diganggu’ dan orang
lain tidak. Malah, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik ketika Menteri
Besar Kelantan sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.
Dalam hidup ini, kita kena akui bukan semua yang meminati kita berniat baik
ataupun orang baik, kadang-kadang merekalah punca hidup kami bergelumang dengan
dosa.
Seorang kekasih gila seks misalnya akan menjadikan orang yang diminatinya
itu berdosa besar kerana akhirnya melakukan seks haram setelah tenggelam
diminati.
Demikian juga makhluk-makhluk ghaib yang meminati kita tanpa kita sedari, tentunya mereka juga ada agenda yang tidak kita ketahui.
Demikian juga makhluk-makhluk ghaib yang meminati kita tanpa kita sedari, tentunya mereka juga ada agenda yang tidak kita ketahui.
Andainya anda masih menyangka tiada sesiapa meminati anda, mahupun pedulikan
anda, ketahuilah Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan hidayah- Nya kepada
sesiapa yang mencintai-Nya.
Sedangkan orang yang ingkar sentiasa mendapat nikmat dan rahmat, inikan kita
yang sentiasa memperhambakan diri kepada-Nya, pasti tidak terkecuali. Cuma,
terkadang cara Allah mengasihi kita dengan diberinya kita ujian hingga kita
menyangka Allah tidak pedulikan kita lagi.
Hakikatnya, tiada manusia bebas dari hembusan rahmat Allah dan perhatian
manusia. Oleh itu, tatkala anda berasa sunyi keseorangan ketahuilah ada yang
sedang memerhati anda. Oleh itu, hargailah diri anda sentiasa dengan iman yang
sesungguhnya...
Petikan ~~Wanita
No comments:
Post a Comment