Musim hujan dan sejuk membuatkan tubuh memerlukan beberapa jenis makanan
yang sesuai untuk membuat tubuh kekal segar meski pada suhu yang sejuk. Jenis
makanan berikut boleh dijadikan pilihan.
Epal
Memang rugi bagi yang tidak gemar menikmati buah ini. Buah yang sering
dijadikan sebagai isi pai ini kaya dengan antioksidan dan juga vitamin C yang
bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Ubi keledek
Satu lagi makanan yang seharusnya ada di dalam stok simpanan barangan dapur
anda. Ubi keledek mengandungi vitamin A yang akan memberikan manfaat untuk
kulit sihat dan mulus. Selain itu, ubi keledek juga mampu menjadi penambah
sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin menurun.
Labu kuning
Sayuran yang satu ini mengandungi banyak vitamin A. Sup labu hangat akan
menjadikan musim-musim sejuk ini menyenangkan anda.
Tomato
Sup tomato yang hangat boleh menjadi pilihan yang sesuai. Selain dijadikan
masker untuk kekalkan kulit wajah yang cantik, buah tomato ini membantu
mengurangi risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan seperti likopen
yang banyak di dalamnya.
Brussels sprout
Sayuran ini dapat membantu me ningkat kan kekebalan tubuh dengan baik.
Selain itu, jenis sayuran ini mengandungi zat besi, kalium dan juga vitamin K
yang baik untuk tulang.
Buah berangan
Jenis kekacang berwarna coklat ini akan membantu memelihara kulit agar
kelihatan muda dan berseri. Kacang yang kaya dengan serat ini membantu tubuh
mengekalkan tenaga.
Buah delima
Ia membantu kulit agar kelihatan tetap sihat dan juga bermaya melalui
kandungan nutrisi yang baik di dalamnya terutamanya antioksidan.
Lobak hijau
Lobak hijau mengandungi vitamin K, A dan juga vitamin C. Selain kaya dengan
vitamin, lobak hijau juga kaya dengan serat.
Pir
Buah pir mengandungi banyak vitamin C yang bermanfaat dalam mengekalkan
imunisasi tubuh.
Petikan ~~Wanita
No comments:
Post a Comment