Saturday, 27 October 2012

4 PENYAKIT SENYAP BAWA MUDARAT


Salam semua... sambil2 kita bercuti rehat ni, meh DD share kan 1 artikel berkenaan dengan penyakit senyap yang memudarat kan utk tambahan pengetahuan kita semua.. :)

4 PENYAKIT SENYAP BAWA MUDARAT

Selagi sakit tidak teruk atau serius selagi itulah takkan berjumpa doktor. Inilah pegangan ramai lelaki. Walaupun masalah kesihatan yang dihadapi itu memerlukan rawatan namun ada sesetengah lelaki tidak ambil kisah tentangnya. Contohnya seperti penyakit di bawah ini yang jika diabaikan boleh membawa masalah besar terhadap kesihatan mereka. Dapatkan rawatan sebelum terlewat.

1)Darah tinggi
Ia boleh membunuh secara perlahan kecualilah tekanan darah anda selalu diperiksa. Sekiranya dibiarkan, tekanan darah tinggi akan menjejaskan sistem tubuh hingga mampu menyebabkan serangan jantung, kerosakan hati, buah pinggang, strok dan juga kerosakan otak.
Apakah simptom tekanan darah semakin tinggi? Tiada petanda dan anda sendiri mungkin tidak perasan tentangnya. Namun tekanan darah tinggi yang kronik akan menyebabkan keletihan, kekeliruan, kekaburan penglihatan, sakit dada dan sebagainya.
Semua lelaki berpotensi untukmenghidap penyakit darah tinggi ini. Sehingga kini doktor mahupun saintis masih belum dapat memastikan penyebabnya secara jelas namun ia dipercayai oleh faktor keturunan, diet dan juga tekanan. Masalah berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

2)Ulser peptik
Ia disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. Bakteria ini melemahkan mukus yang melindungi selaput perut daripada asid. Selepas ia melemahkan pendinding ini, ia akan menembusi bahagian selaput perut. Bakteria akan membiak di situ dan dalam masa yang sama asid dalam perut akan memakan tisu-tisu yang sudah tidak lagi dilindungi. Di sinilah ulser bermula.
Selalunya satu daripada 10 orang akan mengalami ulser peptik namun ia bagaimanapun lebih biasa dihidapi oleh golongan lelaki berbanding wanita.
Simptom untuk ulser peptik ini adalah terasa sakit di bahagian perut. Kesakitan akan berlangsung selama beberapa hari ataupun beberapa minggu. Selalunya rasa sakit akan berlaku selepas dua atau tiga jam selepas makan dan juga pada waktu malam ketika perut kosong. Bagaimanapun semua simptom ini selalunya disamakan dengan masalah ketidakhadaman dan inilah yang kerap kali membuatkan masalah ulser selalu terabai.

3)Hiatal Hernias
Lelaki selalunya jarang mahu mengakui mereka mengalami sakit perut. Masalah ini menjejaskan imej kuat seorang lelaki. Itulah sebabnya mengapa hiatal hernia yang menyebabkan masalah pedih hulu hati selalu diabaikan.
Ia sebenarnya adalah masalah mekanikal yang mana terdapat bahagian perut yang ditekan masuk ke dalam ruang diafragma ke dalam rongga dada. Ini akan menyebabkan asid refluk dan juga pedih hulu hati.
Untuk mengenali masalah hiatal hernia mungkin agak mengelirukan. Ada hernia yang tidak mempunyai simptom manakala hernia yang serius pula boleh menyebabkan pedih hulu hati dan sakit dada. Simptom yang sama juga boleh disebabkan anda mengambil terlalu banyak makanan. Tapi rasa sakit berterusan maka ia mungkin menjurus kepada masalah hernia.

4) Carpal Tunnel Syndrome atau kecederaan stres berulang
60 peratus pekerjaan di dunia akan berkaitan dengan kecederaan stres berulang. Ramai antara kita bekerja di depan komputer, menaip menggunakan tangan dan juga jari jemari.
Kesemua tugasan yang berterusan tanpa rehat akan menyebabkan tangan, pergelangan tangan, lengan dan bahu akan tertekan. Bagaimanapun kebanyakan lelaki lebih rela menahan rasa sakit tersebut daripada mengakui mereka berasa sakit akibat menaip.
Apa yang dimaksudkan dengan Carpal Tunnel? Ia adalah saluran kecil di bahagian pergelangan tangan yang mengandungi saraf median yang tugasnya menghantar dan menerima signal daripada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari hantu anda. Apabila saluran
kecil ini mengalami iritasi, ia menjejaskan saraf menyebabkan rasa kebas, lemah dan sakit di bahagian jari.
Wanita memang kerap berhadapan dengan masalah ini namun itu tidak bermakna lelaki tidak mengalaminya. Kaum lelaki selalu menghadapi kecederaan stres berulang ini ketika pertengahan usia apatah lagi ketika usia ini mereka masih
melakukan kerja-kerja yang banyak menggunakan tenaga di bahagian tangan seperti, menggunakan gergaji elektrik, kerusi, penukul dan sebagainya..

 
Petikan~~Wanita

Friday, 26 October 2012

Rahsia lemon, penyembuh semula jadi


Salam Aidiladha semua!!! Semoga semuanya berbahagia di samping keluarga yang terchinta~~~ 

Love,
DD


Rahsia lemon, penyembuh semula jadi 
 
Cahaya suria kian terbenam di ufuk barat. Tibanya waktu berbuka, acap kali minuman manis berwarna-warni menjadi pilihan utama untuk diteguk. Minuman kordial, cincau, tebu dan kopi... nah, ini antara pemuas dahaga yang wajib ada di atas meja santapan. Bagaimana jika sesekali kita lari daripada kebiasaan, rendam sehiris lemon di dalam air kosong dan tambahkan ais untuk rasa ekstra dingin? Ia bebas kalori, malah turut menyimpan seribu manfaat kesihatan pada bulan ibadat ini!
 
Buah lemon, merupakan sejenis buah-buahan asli Asia yang menarik dengan warna kuning terang. Di seluruh dunia, ia biasa digunakan untuk tujuan kulinari seperti diperah menjadi minuman, diramu dalam masakan serta boleh diparut untuk menambah perisa kek atau kuihmuih yang enak. Kandungan jus lemon diperkaya dengan 5-6% asid sitrik, seterusnya menitipkan rasa masam di sekitar paras pH 2-3.


KHASIAT

Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml. Bagi memudahkan ia diperah, lemon perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya lebih mudah dikeluarkan. Ia mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.
 
Bagi anda yang masih baru mengenali buah ini, menikmati lemon boleh dilakukan melalui beberapa gaya masakan seperti mencuba resipi ayam bersos lemon. Untuk menggalakkan si cilik turut mencubanya, anda mungkin boleh mengolah sendiri aiskrim lemon sorbet, agar-agar lemon, kek lemon atau perah sahaja untuk dijadikan lemonade yang segar! Sambil itu, terangkan kepada yang tersayang beberapa khasiat lemon:
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Pengambilan jus sitrus ini membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Kajian menemui khasiat anti-karsinogenik di dalam lemon untuk merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea juga boleh mengambil jus lemon sebagai langkah pencegahan.
  • Amalan menikmati jus lemon setiap hari membantu mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon amat sesuai diminum untuk mencegah dehidrasi dan kesan diarea. Ia juga membantu memberikan cahaya keserian wajah.
  • Mengalami inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut? Amalkan meminum jus lemon untuk mengatasinya.
  • Berkumur dengan jus lemon juga dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Kebiasaannya, pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.

Petikan~~ Nona

Thursday, 25 October 2012

TABIAT SUAMI BUAT ISTERI DINGIN


TABIAT SUAMI BUAT ISTERI DINGIN

Mungkin ramai yang menganggap anda adalah pasangan yang serasi. Sama cantik, sama padan tetapi adakah anda juga ‘teman’ yang hebat ketika berada di kamar tidur? Kebanyakan isteri meluahkan rasa bahawa ada ketikanya mereka sedikit bosan untuk tidur bersama pasangan.
Mengapa pula? Sebab utamanya ialah tabiat pelik pasangan di waktu malam yang sukar diubah. Seharusnya, berkongsi ranjang dengan pasangan adalah detik yang menyeronokkan. Kepuasan dan kemesraan apabila tangannya merangkul erat tubuh anda. Malah kakinya juga galak melingkari kaki anda.
Kebanyakan pasangan yang telah lama hidup bersama pasti bijak memahami tabiat buruk pasangan malah sudah masak untuk menanganinya. Bagaimanapun, tak kurang juga ada yang menjadikan tempat tidur sebagai ‘lokasi perang dingin.’ Apa tidaknya, sesetengah lelaki cukup lasak ketika tidur sampaikan satu katil hanya untuk dia sahaja.
Malah ada ketikanya gaya tidur mereka tak ubah seperti orang bersilat atau pereka tari. Disebabkan hal yang begitu, tiada lagi bualan mesra atau senda gurau yang dahulunya membahagiakan suasana. Tidak mustahil jika perkara ini berlarutan, para isteri mudah menderita penyakit insomnia dan bermulalah episod perbalahan lantaran tidak cukup rehat dan kasih sayang di waktu malam.

Berdengkur
Berdengkur adalah masalah biasa kebanyakan lelaki. Ia disebabkan oleh tisu di bahagian kerongkong yang tersumbat sekali gus menyebabkan kesukaran untuk bernafas secara normal. Lazimnya, lelaki yang terikat dengan jadual kerja yang padat berpotensi untuk mendapat simptom sebegini.
Dengkuran yang kuat dan nyaring sudah tentu membuatkan isteri tidak selesa. Ditambah pula pada waktu malam yang sunyi. Oleh kerana wanita terkenal dengan sikap sabarnya, maka mereka sangat jarang bercerita mengenai hal ini. Jadi, cara yang paling mudah untuk melepaskan diri daripada keadaan ini adalah dengan tidur secara berasingan.
Masalah mungkin selesai pada ketika itu, tetapi yakinlah, ada hati yang kecewa dengan apa yang berlaku.

Gigi berlaga
Selain berdengkur, lelaki juga acap kali terdorong untuk melakukan satu lagi tabiat buruk ketika tidur iaitu ‘gigi berbunyi’. Sama seperti tadi, penyebab masalah tersebut adalah kerana terlalu penat. Biasanya, dalam keadaan begitu mereka akan terus landing di atas katil dan melelapkan mata.
Langsung tidak sedar bila masanya gigi berlaga. Sudahlah bising, ngilu pun ada bila mendengar bunyinya. Sudah pasti terbit simpati di hati para isteri tetapi janganlah diamkan diri. Bawa suami berjumpa doktor pakar untuk selesaikan masalah tersebut. Pastinya, rawatan awal yang dilakukan boleh memadamkan perasaan marah anda tatkala lena sebelahnya.

Kerap beralih posisi
Boleh dikatakan sesetengah lelaki mempunyai tabiat suka beralih posisi dengan kerap sambil menghempaskan sedikit badannya. Kekerapan bertukar posisi tidur sudah pasti menyebabkan katil bergegar hampir sepanjang masa. Bosan bukan.
Petikan~~Wanita

Wednesday, 24 October 2012

JANIN SONGSANG: BOLEHKAH LAHIR NORMAL?


JANIN SONGSANG: BOLEHKAH LAHIR NORMAL?

Hai semua rakan2 DD.. Hari ini pulak DD nak share dengan semua..terutamanya bff DD yang sedang mengandung Twins kala ini, sebagai langkah berjaga- jaga selain menambah pengetahuan sediada.... Kepada rakan2 DD yang masih Single pulak, jadikan bacaan ini sebagai ilmu dan panduan untuk kalian gunakan di masa hadapan ye.. Take care Semua!! Loves, DD :*

 Sesuatu yang menakutkan ibu hamil bila diberitahu tentang kedudukan bayi yang songsang. Kedudukan sebegini jika berterusan hingga akhir kehamilan sememangnya mengundang komplikasi. Jika janin tidak berada di kedudukan yang betul maka besar kemungkinan ibu bakal menjalani pembedahan ketika melahirkan.
Bagaimanakah kedudukan janin yang songsang? Seharus nya kedudukan kepala janin semasa lahir berada di bawah tetapi apabila kaki atau punggung janin berada di bawah keadaan ini dinamakan janin dalam keadaan songsang atau melintang. Sebenarnya, hampir semua janin dalam kedudukan songsang di usia kehamilan dua minggu dengan kepalanya berada di bawah tulang rusuk wanita hamil.
Pada usia kehamilan minggu ke 28 ini janin masih berupaya untuk bergerak bebas. Hal ini kerana, berat badan janin lebih ringan berbanding dengan berat rahim. Namun, biasanya pada usia kehamilan 34 ke 36 minggu janin akan berada dalam kedudukan normal dengan kepala masuk ke bahagian pinggul dengan kaki di atas.
Terdapat tiga jenis kedudukan janin songsang. Biasanya situasi sebegini boleh diketahui semasa wanita hamil membuat pemeriksaan kehamilan. Pada minggu ke 34, doktor akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada dalam keadaan normal atau sebaliknya sebagai persediaannya menuju jalan lahir. Sekiranya doktor merasa kan kedudukan janin songsang, pemeriksaan ultra sono grafi (USG) akan dilaku kan untuk men dapat kan kepastian mengenainya.

Jenis-jenis posisi janin songsang

Frank breech Kedudukan punggung janin berada di bawah, kedua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga, posisi hampir sama paras dengan bahu atau kepala. Kira-kira 65 hingga 70 peratus janin songsang adalah dari posisi Frank breech.
Complete breech atau songsang sempurna Punggung janin berada di atas pintu rahim sementara kedua kaki terlipat sempurna, menghadap ke atas sejajar dengan telinga. Sekali pandang, posisi janin kelihatan seperti membongkok.
Incomplete breech atau songsang tidak sempurna Keadaan sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.

3 gerakan ubah kedudukan

Sebelum menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan ter - hadap wanita hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melaku kan gerakan-gerakan tertentu. Antara nya:
1.      Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari selama 15 minit.
2.      Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke kiri.
3.      Baring terlentang dan menahan perut dengan bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34, kedudukannya adalah normal. Tetapi sekiranya dalam tempoh ini kedudukan janin masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusing kan janin. Keadaan ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar tubuh ibu.
Tindakan ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu. Namun bukan semua janin boleh melalui terapi ECV terutama janin yang mengalami keadaan seperti:
• Pendarahan dari vagina
• Plasenta berada atau dekat dengan pintu rahim.
• Jumlah air ketuban sedikit.
• Degupan jantung janin tidak normal.
• Janin tidak berkembang dengan sempurna iaitu ukuran lebih kecil daripada berat badan yang ideal.
• Kehamilan kembar Sekiranya proses ini menemui kegagalan, janin akan dilahirkan melalui proses pembedahan atau ceaserean. Walau bagaimanapun, bakal ibu tidak perlu berasa bimbang, kerana walaupun janin songsang kelahiran normal masih boleh dilakukan asalkan bayi lahir cukup bulan dan dalam posisi songsang jenis Frank breech, besar janin dan ukuran pinggul ibu memadai, ukuran janin di bawah 3.8 kilogram, pintu rahim terbuka luas dan janin dalam posisi meluncur keluar, kepala janin tidak terlilit tali pusat, posisi kepala janin.

Mengapa songsang?

Keadaan songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:
• Kehamilan kembar.
• Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.
• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.
• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.
• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy).


Petikan~~Wanita

Tuesday, 23 October 2012

Gerakan Mudah Untuk Bakar Kalori



Hari ini DD nak berkongsi satu Petikan berkenaan tips2 untuk wanita2 yang sibuk di luar sana. Disamping sibuk dengan urusan seharian, badan dan tubuh kita sentiasa perlu dijaga dan dirapi selalu yer.... K enjoy your readings! :)

 Gerakan Mudah Untuk Bakar Kalori

 Olahraga sering kali tergendala disebabkan banyak alasan. Paling sering didengarkan adalah kurangnya fasiliti atau kemudahan untuk berolah raga dan tidak kurang juga tiada masa terluang untuk melakukan aktiviti tersebut.
Ini semua, alasan lazim yang digunakan untuk meninggalkan aktiviti penting ini. Alasan sebegini tidak sepatutnya timbul jika anda benar- benar pentingkan soal kesihatan tubuh badan.
Gerakan mudah secara sambilan sahaja pun boleh dikira sebagai aktiviti menyihatkan yang boleh membakar kalori. Apa yang penting, niat dan motivasi mesti kuat. Berikut adalah beberapa gerakan ringan yang boleh membakar kalori dengan banyak. Cukup hanya melakukannya selama lima minit sahaja. Cubalah!

Lompat
Melompat bukanlah hal yang sukar. Hanya dalam lima minit melompat, anda boleh membakar sebanyak 68 kalori. Bayangkan kalau anda dapat melakukannya dengan lebih lama.

Lari
Tidak perlu lari dengan intensiti yang tinggi. Berlari santai boleh juga dilakukan selama lima minit di dalam taman, mahupun di laman rumah. Anda boleh bakar 62 kalori. Gabungan berlari dan melompat juga sudah boleh membantu membakar lebih banyak kalori bukan?

Kerja rumah
Selain membersihkan rumah, aktiviti menyapu, mengelap habuk, mengemas dan sebagainya boleh juga membakar 34 kalori. Dalam tempoh 30 minit anda mengemas keseluruhan rumah sudah banyak kalori yang dapat dibakar. Badan lebih ringan dan segar walaupun hanya membuat kerja rumah kan? Jadi, jangan malas bersihkan rumah anda.

Menari
Memang seronok bila dapat menari tapi dalam masa yang sama dapat mengeluarkan banyak peluh. Ternyata menari juga boleh membakar kalori. Sekurang-kurangnya dalam tempoh lima minit, anda boleh bakar 45 kalori.

Membeli-belah
Aktiviti ini memang paling digemari wanita. Kegiatan ini memerlukan anda aktif bergerak dan berjalan. Lima minit boleh membakar 22 kalori, dan tentunya aktiviti ini lebih banyak memakan masa bukan, apatah lagi apabila anda berniat untuk berpusing-pusing di seluruh kompleks membeli-belah.

Naik tangga
Jangan benci pada tangga. Pilihlah tangga berbanding eskalator atau lif. Ini kerana, lima minit menaiki tangga anda boleh kurangkan 36 kalori dari tubuh anda.

Regangan
Melakukan aktiviti regangan pada bola memerlukan keseimbangan tubuh. Bukan hanya ia boleh membuatkan otot tubuh lebih lentur, latihan dengan menggunakan bola keseimbangan ini boleh membakar sebanyak 58 kalori. Bermain ping pong Gerakan aktif dalam permainan ini boleh membakar sebanyak 23 kalori. Tentu kebiasaannya anda tidak hanya bermain ping pong dalam masa lima minit bukan. Sekurang-kurangnya anda akan bermain satu permainan sehingga tamat. Bukan hanya menyenangkan tetapi juga boleh mengurangkan kalori di dalam tubuh.

Bangkit tubi (push-up)
Sambil menonton TV di rumah, apa kata anda berbaring seketika dan ambil masa lima minit anda untuk membuat push-up. Jangan risau ketinggalan babak menarik dalam rancangan kegemaran anda. Ambil masa membuat push-up ketika iklan sedang berlangsung, anda akan membakar sebanyak 45 kalori.

Memasak
Mengolah bahan makanan menjadi suatu hidangan enak bukan sahaja boleh membuatkan seluruh ahli keluarga gembira, namun sebenarnya dalam tempoh lima minit anda memasak sahaja sudah dapat membakar sebanyak 26 kalori.

Petikan~~Wanita