Thursday, 25 October 2012

TABIAT SUAMI BUAT ISTERI DINGIN


TABIAT SUAMI BUAT ISTERI DINGIN

Mungkin ramai yang menganggap anda adalah pasangan yang serasi. Sama cantik, sama padan tetapi adakah anda juga ‘teman’ yang hebat ketika berada di kamar tidur? Kebanyakan isteri meluahkan rasa bahawa ada ketikanya mereka sedikit bosan untuk tidur bersama pasangan.
Mengapa pula? Sebab utamanya ialah tabiat pelik pasangan di waktu malam yang sukar diubah. Seharusnya, berkongsi ranjang dengan pasangan adalah detik yang menyeronokkan. Kepuasan dan kemesraan apabila tangannya merangkul erat tubuh anda. Malah kakinya juga galak melingkari kaki anda.
Kebanyakan pasangan yang telah lama hidup bersama pasti bijak memahami tabiat buruk pasangan malah sudah masak untuk menanganinya. Bagaimanapun, tak kurang juga ada yang menjadikan tempat tidur sebagai ‘lokasi perang dingin.’ Apa tidaknya, sesetengah lelaki cukup lasak ketika tidur sampaikan satu katil hanya untuk dia sahaja.
Malah ada ketikanya gaya tidur mereka tak ubah seperti orang bersilat atau pereka tari. Disebabkan hal yang begitu, tiada lagi bualan mesra atau senda gurau yang dahulunya membahagiakan suasana. Tidak mustahil jika perkara ini berlarutan, para isteri mudah menderita penyakit insomnia dan bermulalah episod perbalahan lantaran tidak cukup rehat dan kasih sayang di waktu malam.

Berdengkur
Berdengkur adalah masalah biasa kebanyakan lelaki. Ia disebabkan oleh tisu di bahagian kerongkong yang tersumbat sekali gus menyebabkan kesukaran untuk bernafas secara normal. Lazimnya, lelaki yang terikat dengan jadual kerja yang padat berpotensi untuk mendapat simptom sebegini.
Dengkuran yang kuat dan nyaring sudah tentu membuatkan isteri tidak selesa. Ditambah pula pada waktu malam yang sunyi. Oleh kerana wanita terkenal dengan sikap sabarnya, maka mereka sangat jarang bercerita mengenai hal ini. Jadi, cara yang paling mudah untuk melepaskan diri daripada keadaan ini adalah dengan tidur secara berasingan.
Masalah mungkin selesai pada ketika itu, tetapi yakinlah, ada hati yang kecewa dengan apa yang berlaku.

Gigi berlaga
Selain berdengkur, lelaki juga acap kali terdorong untuk melakukan satu lagi tabiat buruk ketika tidur iaitu ‘gigi berbunyi’. Sama seperti tadi, penyebab masalah tersebut adalah kerana terlalu penat. Biasanya, dalam keadaan begitu mereka akan terus landing di atas katil dan melelapkan mata.
Langsung tidak sedar bila masanya gigi berlaga. Sudahlah bising, ngilu pun ada bila mendengar bunyinya. Sudah pasti terbit simpati di hati para isteri tetapi janganlah diamkan diri. Bawa suami berjumpa doktor pakar untuk selesaikan masalah tersebut. Pastinya, rawatan awal yang dilakukan boleh memadamkan perasaan marah anda tatkala lena sebelahnya.

Kerap beralih posisi
Boleh dikatakan sesetengah lelaki mempunyai tabiat suka beralih posisi dengan kerap sambil menghempaskan sedikit badannya. Kekerapan bertukar posisi tidur sudah pasti menyebabkan katil bergegar hampir sepanjang masa. Bosan bukan.
Petikan~~Wanita

No comments:

Post a Comment