JANIN
SONGSANG: BOLEHKAH LAHIR NORMAL?
Hai semua rakan2 DD.. Hari ini pulak DD nak share dengan semua..terutamanya bff DD yang sedang mengandung Twins kala ini, sebagai langkah berjaga- jaga selain menambah pengetahuan sediada.... Kepada rakan2 DD yang masih Single pulak, jadikan bacaan ini sebagai ilmu dan panduan untuk kalian gunakan di masa hadapan ye.. Take care Semua!! Loves, DD :*
Sesuatu
yang menakutkan ibu hamil bila diberitahu tentang kedudukan bayi yang songsang.
Kedudukan sebegini jika berterusan hingga akhir kehamilan sememangnya
mengundang komplikasi. Jika janin tidak berada di kedudukan yang betul maka
besar kemungkinan ibu bakal menjalani pembedahan ketika melahirkan.
Bagaimanakah
kedudukan janin yang songsang? Seharus nya kedudukan kepala janin semasa lahir
berada di bawah tetapi apabila kaki atau punggung janin berada di bawah keadaan
ini dinamakan janin dalam keadaan songsang atau melintang. Sebenarnya, hampir
semua janin dalam kedudukan songsang di usia kehamilan dua minggu dengan
kepalanya berada di bawah tulang rusuk wanita hamil.
Pada usia
kehamilan minggu ke 28 ini janin masih berupaya untuk bergerak bebas. Hal ini
kerana, berat badan janin lebih ringan berbanding dengan berat rahim. Namun,
biasanya pada usia kehamilan 34 ke 36 minggu janin akan berada dalam kedudukan
normal dengan kepala masuk ke bahagian pinggul dengan kaki di atas.
Terdapat
tiga jenis kedudukan janin songsang. Biasanya situasi sebegini boleh diketahui
semasa wanita hamil membuat pemeriksaan kehamilan. Pada minggu ke 34, doktor
akan mengambil darah ibu untuk mengetahui apakah kedudukan janin sudah berada
dalam keadaan normal atau sebaliknya sebagai persediaannya menuju jalan lahir.
Sekiranya doktor merasa kan kedudukan janin songsang, pemeriksaan ultra sono
grafi (USG) akan dilaku kan untuk men dapat kan kepastian mengenainya.
Jenis-jenis
posisi janin songsang
Frank breech Kedudukan punggung janin berada di bawah,
kedua kaki berada di atas hampir menyentuh telinga, posisi hampir sama paras dengan
bahu atau kepala. Kira-kira 65 hingga 70 peratus janin songsang adalah dari
posisi Frank breech.
Complete
breech atau songsang sempurna Punggung
janin berada di atas pintu rahim sementara kedua kaki terlipat sempurna,
menghadap ke atas sejajar dengan telinga. Sekali pandang, posisi janin
kelihatan seperti membongkok.
Incomplete
breech atau songsang tidak sempurna Keadaan
sebelah kaki janin berada di atas dan kaki sebelahnya berada di bawah.
3 gerakan
ubah kedudukan
Sebelum
menempuhi hari kelahiran, doktor akan melakukan pemeriksaan ter - hadap wanita
hamil. Jika janin songsang, wanita hamil disarankan untuk melaku kan
gerakan-gerakan tertentu. Antara nya:
1. Sujud (knee-chest) sebanyak lima kali sehari
selama 15 minit.
2. Tidur atau baring dalam posisi mengiring ke
kiri.
3. Baring terlentang dan menahan perut dengan
bantal. Kemudian mengiring kan badan ke kiri lalu ke kanan. Lakukan gerakan ini
selama 10 ke 15 minit sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Latihan sebegini
bagus dilakukan ketika janin anda aktif. Seharusnya janin memasuki usia ke 34,
kedudukannya adalah normal. Tetapi sekiranya dalam tempoh ini kedudukan janin
masih tidak normal doktor akan melakukan tindakan memusing kan janin. Keadaan
ini dinama kan External Cephalic Version (ECV) atau memusingkan janin dari luar
tubuh ibu.
Tindakan ini
mungkin akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu. Namun bukan semua janin
boleh melalui terapi ECV terutama janin yang mengalami keadaan seperti:
• Pendarahan
dari vagina
• Plasenta
berada atau dekat dengan pintu rahim.
• Jumlah air
ketuban sedikit.
• Degupan
jantung janin tidak normal.
• Janin
tidak berkembang dengan sempurna iaitu ukuran lebih kecil daripada berat badan
yang ideal.
• Kehamilan
kembar Sekiranya proses ini menemui kegagalan, janin akan dilahirkan melalui
proses pembedahan atau ceaserean. Walau bagaimanapun, bakal ibu tidak perlu
berasa bimbang, kerana walaupun janin songsang kelahiran normal masih boleh
dilakukan asalkan bayi lahir cukup bulan dan dalam posisi songsang jenis Frank
breech, besar janin dan ukuran pinggul ibu memadai, ukuran janin di bawah 3.8
kilogram, pintu rahim terbuka luas dan janin dalam posisi meluncur keluar,
kepala janin tidak terlilit tali pusat, posisi kepala janin.
Mengapa
songsang?
Keadaan
songsang ini masih belum diketahui penyebabnya. Namun, banyak kes janin
songsang telah ditemui dalam mana-mana kehamilan yang melibatkan:
• Kehamilan kembar. • Ibu pernah melahirkan bayi pramatang.
• Air ketuban berlebihan sehingga janin berpusing-pusing ketika berada di dalam rahim.
• Ibu berhadapan dengan plasentra previa yang mana uri telah menutupi jalan lahir dan ia dapat menyempitkan ruang di dalam rahim sehingga menyebabkan bayi berputar-putar. Akibatnya janin cuba mendapatkan satu ruang yang lebih luas iaitu di bahagian atas sehingga memungkinkan bayi mengubah posisi dan akhirnya songsang.
• Pinggul sempit sehingga mendorong janin mengubah posisi dan menjadi songsang.
• Kedudukan janin melintang juga boleh berlaku pada mana-mana kehamilan. Keadaan ini dinamakan melintang horizontal (transverse pregnancy).
Petikan~~Wanita
No comments:
Post a Comment