Lelaki tolong jaga
kebersihan gigi!
Ramai lelaki
menitikkan beratkan soal penampilan. Namun selalunya ia tertumpu pada yang
penting saja seperti rambut, pakaian mahu pun kasut. Perihal yang kecil seperti
gigi kurang mendapat perhatian lelaki.
Justeru
tidak hairanlah aspek dalammemastikan penampilan sempurna ini diabaikan. Ramai
yang tidak mengendahkan tentang keadaan gigi yang kuning akibat merokok, plak
malah mulut yang berbau. Akibatnya tak mustahil anda menjadi rakan yang selalu
dihindari.
Berus
gigi
Sekurang-kurangnya
dua kali sehari, hanya dua minit sahaja. Mudah saja bukan. Namun kalau anda
ingin memberus lebih lama, ia bukan masalah. Jangan hanya memberus sekali
sehari sahaja kerana anda makan banyak untuk sarapan, makan tengah hari dan
waktu makan malam. Jadi beruslah dua kali sehari.
Floss
gigi 3-4 kali seminggu
Ramai tidak
menitik beratkan soal floss. Mereka beranggapan, hanya perlu memberus gigi dan
semua masalah gigi akan selesai. Sebaiknya, gunakan floss untuk membuang
sisa-sisa makanan di celah gigi yang tidak mungkin dapat dihilangkan dengan
hanya memberus gigi sahaja. Hanya perlu ambil masa kurang seminit untuk floss
sisa-sisa kotoran, cari ini menghindari mulut anda dari berbau.
Jumpa
doktor gigi
dua kali
setahun Lakukan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun
untuk memastikan gigi anda tidak bermasalah seperti berlubang, plak serta
banyak lagi.
Tukar
berus gigi selalu
Ada pelbagai
jenama dan jenis seperti lembut, keras dan sebagainya. Malah kecanggihan berus
gigi dengan pelbagai kelebihan sering kali menghiasi iklan. Jarang orang
menitik beratkan soal berus bagaimana sesuai untuk mereka.
Perhatikan
juga keadaan bulu berus gigi. Jika sudah terlalu kembang, buang dan gantikan
segera. Jangan terlalu berkira soal pembelian berus gigi. Yang mahal tentu ada
kebaikannya dan yang murah pula, haruslah diganti selalu.
Letak
berus gigi di tempat bersih
Sesetengah
lelaki tidak mengambil kira soal kebersihan berus gigi. Ada yang meletakkan
berus gigi di merata tempat. Singki adalah tempat utama kerana mudah bila mahu
mencapainya. Tapi tahukah anda tandas merupakan tempat pembiakan bakteria. Jika
diletakkan merata-rata sudah tentu kuman akan menjangkiti yang kemudian akan
dimasukkan ke dalam mulut.
Gunakan
alat pembersih lidah
Lidah adalah
deria paling sensitif malah ia juga mudah mengumpul bakteria. Sebaiknya,
gunakan alat pembersih lidah selepas menggosok. Percayalah, bukan saja gigi
anda bersih tapi mengurangkan bau mulut yang biasanya membuatkan orang menahan
nafas ketika berbual dengan anda.
Kaedah
memutihkan gigi
Senyuman yang
menawan berupaya membezakan personaliti diri anda dan rakan-rakan yang lain.
Bayangkan dengan barisan gigi yang putih melepak, sudah tentu anda tidak malu
untuk mempamerkan senyuman. Malah ia juga boleh menjadi daya penarik wanita
kepada anda.
Tapi andai
kata gigi anda berkarat, sudah tentu anda malu berbuat demikian. Sebaiknya,
bertemulah doktor gigi dan beritahu anda mahu memutihkan gigi daripada
kekuningan. Lakukan sekurangnya dua kali setahun.
Jangan
berus lepas makan
Jangan
sesekali anda memberus gigi sebaik menghabiskan sisa makanan. Ini kerana
makanan belum hadam sepenuhnya dan anda juga boleh loya jika berbuat demikian.
Ambillah sedikit masa sebelum memberus gigi.
Makanan
yang sesuai
Makanan
seperti susu yang mengandungi kalsium sangat baik untuk pembentukan dan
menguatkan gigi.
Namun
makanan bergula sebenarnya tidak elok untuk gigi. Beberapa jenis makanan
seperti bawang dikatakan mengandungi sulfur yang mampu menghalang bakteria.
Elakkan
snek dan merokok
Rokok
mengandungi beribu-ribu nikotin dan sudah tentu membahayakan kesihatan. Malah
merokok juga dikatakan membuat gigi menjadi kuning. Begitu juga dengan snek
atau makanan ringan. Ia bukan saja tidak baik untuk kesihatan tetapi gigi anda
juga
No comments:
Post a Comment