Saturday, 27 October 2012

4 PENYAKIT SENYAP BAWA MUDARAT


Salam semua... sambil2 kita bercuti rehat ni, meh DD share kan 1 artikel berkenaan dengan penyakit senyap yang memudarat kan utk tambahan pengetahuan kita semua.. :)

4 PENYAKIT SENYAP BAWA MUDARAT

Selagi sakit tidak teruk atau serius selagi itulah takkan berjumpa doktor. Inilah pegangan ramai lelaki. Walaupun masalah kesihatan yang dihadapi itu memerlukan rawatan namun ada sesetengah lelaki tidak ambil kisah tentangnya. Contohnya seperti penyakit di bawah ini yang jika diabaikan boleh membawa masalah besar terhadap kesihatan mereka. Dapatkan rawatan sebelum terlewat.

1)Darah tinggi
Ia boleh membunuh secara perlahan kecualilah tekanan darah anda selalu diperiksa. Sekiranya dibiarkan, tekanan darah tinggi akan menjejaskan sistem tubuh hingga mampu menyebabkan serangan jantung, kerosakan hati, buah pinggang, strok dan juga kerosakan otak.
Apakah simptom tekanan darah semakin tinggi? Tiada petanda dan anda sendiri mungkin tidak perasan tentangnya. Namun tekanan darah tinggi yang kronik akan menyebabkan keletihan, kekeliruan, kekaburan penglihatan, sakit dada dan sebagainya.
Semua lelaki berpotensi untukmenghidap penyakit darah tinggi ini. Sehingga kini doktor mahupun saintis masih belum dapat memastikan penyebabnya secara jelas namun ia dipercayai oleh faktor keturunan, diet dan juga tekanan. Masalah berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

2)Ulser peptik
Ia disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori. Bakteria ini melemahkan mukus yang melindungi selaput perut daripada asid. Selepas ia melemahkan pendinding ini, ia akan menembusi bahagian selaput perut. Bakteria akan membiak di situ dan dalam masa yang sama asid dalam perut akan memakan tisu-tisu yang sudah tidak lagi dilindungi. Di sinilah ulser bermula.
Selalunya satu daripada 10 orang akan mengalami ulser peptik namun ia bagaimanapun lebih biasa dihidapi oleh golongan lelaki berbanding wanita.
Simptom untuk ulser peptik ini adalah terasa sakit di bahagian perut. Kesakitan akan berlangsung selama beberapa hari ataupun beberapa minggu. Selalunya rasa sakit akan berlaku selepas dua atau tiga jam selepas makan dan juga pada waktu malam ketika perut kosong. Bagaimanapun semua simptom ini selalunya disamakan dengan masalah ketidakhadaman dan inilah yang kerap kali membuatkan masalah ulser selalu terabai.

3)Hiatal Hernias
Lelaki selalunya jarang mahu mengakui mereka mengalami sakit perut. Masalah ini menjejaskan imej kuat seorang lelaki. Itulah sebabnya mengapa hiatal hernia yang menyebabkan masalah pedih hulu hati selalu diabaikan.
Ia sebenarnya adalah masalah mekanikal yang mana terdapat bahagian perut yang ditekan masuk ke dalam ruang diafragma ke dalam rongga dada. Ini akan menyebabkan asid refluk dan juga pedih hulu hati.
Untuk mengenali masalah hiatal hernia mungkin agak mengelirukan. Ada hernia yang tidak mempunyai simptom manakala hernia yang serius pula boleh menyebabkan pedih hulu hati dan sakit dada. Simptom yang sama juga boleh disebabkan anda mengambil terlalu banyak makanan. Tapi rasa sakit berterusan maka ia mungkin menjurus kepada masalah hernia.

4) Carpal Tunnel Syndrome atau kecederaan stres berulang
60 peratus pekerjaan di dunia akan berkaitan dengan kecederaan stres berulang. Ramai antara kita bekerja di depan komputer, menaip menggunakan tangan dan juga jari jemari.
Kesemua tugasan yang berterusan tanpa rehat akan menyebabkan tangan, pergelangan tangan, lengan dan bahu akan tertekan. Bagaimanapun kebanyakan lelaki lebih rela menahan rasa sakit tersebut daripada mengakui mereka berasa sakit akibat menaip.
Apa yang dimaksudkan dengan Carpal Tunnel? Ia adalah saluran kecil di bahagian pergelangan tangan yang mengandungi saraf median yang tugasnya menghantar dan menerima signal daripada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan jari hantu anda. Apabila saluran
kecil ini mengalami iritasi, ia menjejaskan saraf menyebabkan rasa kebas, lemah dan sakit di bahagian jari.
Wanita memang kerap berhadapan dengan masalah ini namun itu tidak bermakna lelaki tidak mengalaminya. Kaum lelaki selalu menghadapi kecederaan stres berulang ini ketika pertengahan usia apatah lagi ketika usia ini mereka masih
melakukan kerja-kerja yang banyak menggunakan tenaga di bahagian tangan seperti, menggunakan gergaji elektrik, kerusi, penukul dan sebagainya..

 
Petikan~~Wanita

No comments:

Post a Comment